Dec 29, 2010

Serius??Bukan masanya- part 4

Suasana sudah menjadi riuh bila waktu sudah menginjak pukul 2.15 tengahari. Bunyi tapak2 kasut sudahpun merentasi kelas Nady...itu membawa maksud pembelajaran murid kelas sebelah telahpun berakhir untuk hari itu. Nady menoleh ke arah Apit dan mencebik bibir tanda tidak puas hati murid kelas sebelah boleh balik awal sedangkan Cikgu Anis masih berseronok melakar formula2 di papan hitam.
"Beb, bila Cikgu Anis ni nak stop?...Otak aku da xdapat terima da semua yg ada kat papan hitam tu...Cikgu ni..bateri jam dia kong ke????", keluh Nady. Apit hanya tersenyum tawar. Dia tahu dia poon tidak mampu untuk memberi sebarang komen. Semua rakan kelasnya tahu yang Cikgu anis memang amat seronok mengajar matematik hinggakan lupa masa mengajar telahpun tamat. Oleh itu, Apit tahu amatlah tidak sopan kalau dia memberi signal "time is up" ala2 referee netball. Baik diamkan aje. Nanti berenti jugak cikgu ni nanti.
"Okey, setakat ni saje untuk hari ini..Nadiah dengan Afida, awak berdua xperlu kerut dahi lagi...da bolek balik asrama poon..kakak dewan makan da tunggu awak-awak berdua", sakat Cikgu Anis.Nady dan Apit hanya mampu melakarkan senyuman 'kerang busuk' je..malu dengan kata2 Cikgu Anis sebentar tadi. Cikgu Anis memang baik dan sporting juga. Tapi Cikgu Anis suka juge menyakat pelajar-pelajarnya...kadang malu juga apabila disakat oleh Cikgu Anis. Tak ape la...bukan kena tengking poon.Haha.

Nady poon mula memasukkan buku2 dalam begnya 'dalam rushing mode', bersiap untuk pulang ke asrama. Sebahagian besar rakan sekelas yang lain sudahpun mengosongkan kelas. Mereka harus bergegas menuju ke pagar sekolah kerana ibu bapa masing2 sudah lama menunggu di luar menyambut kepulangan anak mereka dari sekolah. Cuma tinggal Nady, Apit dan Nora dalam kelas 5 Alpha. Sambil Nady menapakkan kakinye ke luar pintu, tiba-tiba muncul seorang junior menghulurkan sampul surat berwarna coklat ke tangan Nady. Nady amat terkejut dengan kehadiran junior itu dan dia amat cam muka junior itu namun tidak pernah mengetahui nama budak perempuan itu. "Dik....ni surat ape?Terkejut saya tadi...tetiba je awak muncul betol2 depan saya. Nasib xterlanggar tadi. Erm...ade ape dengan surat ni? Nak akak bagi kat siapa surat ni?", tanya Nady memulakan bicara dengan junior tersebut.
"Kak Nady tak payah lah terkejut. Ni memang surat untuk akak..Tuan yang bagi surat ni pesan..ade masa free nanti baru la akak buka n baca oke", jawab Sofiah.
" Btw, nama adik ape?Form berapa?siapa yang bagi bende ni kat akak?", tanya Nady...cuba membongkar kesulitan dalam kepala.
"Oh sorry la kak...nama saya Sofiah...akak boleh panggil saya Sofi je..saya form 4..kelas sebelah blok akak ni..erm...akak baca jela isi dalam sampul ni..akak tahu jugak nanti.saya just jd despatch tuk kawan saya je", jawab Sofiah meleraikan sedikit persoalan dibenak Nady. "Okelah..kalu gitu terima kasih ye dik...nanti jumpe akak tengah jalan..tegur2 la akak...nice to know u", Nadi cuba ramah dengan Sofiah.
"sama2...saya hanya despacth je kak.... nway nice to meet u too. Saya mintak diri dulu..". Sofiah sempat mengukir senyuman sebelum menuruni anak tangga berhadapan dengan pintu utama kelas 5Alpha.

"Apa yang ade dalam tu Nady?Ko bukak la cepat...Sape la secret admirer ko ni?Nak jugak aku taw...Diam-diam ko ade secrer admirer ye?Hehehehe..", usik Apit .. ingin tahu dengan lebeh lanjut isi kandungan sampul itu.
Nady terdiam seketika..Kemudian bertindak untuk membuka sampul coklat itu. Di dalamnye terdapat satu nota kecil besar tapak tangan..dan peliknye..ade beberapa foto..dan kelihatan semua foto adalah foto rakan2 sekelasnyanya di majlis sambutan Hari Guru bulan lepas. Nady mengerutkan dahinya...tidak memahami bagaimana foto itu berada didalam sampul itu sedangkan semua foto2 itu tersimpan rapi dalam Album fotonye. Sejurus selepas itu..Nadi membaca pula nota ringkas yang tertulis pada kertas sebesar tapak tangan itu.





Assalamualaikum,
Dear Nadiah a.k.a Nady,
terlebih dahulu wa nak mintak maaf sebab da buat kejutan. Harap2 lu xde heart problem.
Wa taw lu akan bertambah berkerut bila nampak foto2 ni kan?
actually, aritu time balik kat sekolah, wa n da geng ade ternampak sekeping film..terbaring
dalam longkang. Wa terus amik film tu..dan wa amat bangga plak bila wa jadi rajin ..dan pegi
kedai foto..cuci film tu..dan ni la hasil2 nya...semuanya ade 5 keping foto..tapi wa bagi 4 je kat
Nady sebab foto tu wa nak simpan wat kenangan. Itu je gambar yang bole wat kenangan sebab
ade gambar Nady dalam tu..and wa harap Nady halalkan je gambar tu..Wa poon rasa xnak bagi
balik kot kat tuan dia..Penat je gi cuci kedai cuci film tu..ngeee...
p/s: Jgn risau....xlama lg lu akan kenal la gua yang hati tulus ni..take care.

- Apek -


Nady terdiam.dan merasa pelik.kenapa ade pulak orang sanggup gi kedai tuk cuci film semata2 dan dia xtawpun gambar tu gambar siapa.

"Ish..mengada2 la mamat apek ni...siap ade despatch. Da cuci gambar..xnak bagi kat aku pulak..wat de hal....patut la aku cari film tu xjumpe..rupanya mamat ni curi", marah Nady.

" Tapi kan Nady..aku rasa budak ni mesti dr budak kelas 5K..5KERING tu....sampul siap ade
masking tape nih..diorg kan memang pakai masking tape kan...nak wat engineering drawing tu..", teka Apit. Terus Nady mengangkat dahinya..kemudian mengangguk perlahan..bersetuju dengan assumption Nady itu.

Bermula la pelbagai persoalan di benak Nady..siapakah makhluk Allah yang menggelarkan dirinya APEK..Dush...masalah baru sudah muncul. Benarkah seperti yang diteka oleh Nady??BUdak kelas 5 KERING? Perasaan menyampah mula berakar dalam tubuh Nady.
" Ish...perangai sume cam hantu..bule plak bagi surat layang camnih?Malas betol nak layan",
merengus Nady..mula bergegas pulang ke asrama, bimbang jika 'kaunter' makanan di dewan makan asrama ditutup.
" Cepatlah Nady oi!!!!!!Perut aku da part chorus da ni....", jerit Apit dari tingkat bawah. terus Nady berlari menuju ke arah Apit.



*part 5..ntah bila aku nak sambung plak.

Skyline @ Perodua

Tiap kali tgok skyline atas jalan..
Terus teringat sweet time masa di Perodua dulu..
Senyumnya saya masa tu bila tgok Skyline...erk!!

Dec 26, 2010

RIMAS

pada hari-hari yang bosan macam arini...memang xda mood nak continue citer ...bab 4 Ssrius..bukan masanya???....

Tapi harini...terasa rimas plak
sape2 poon aku rasa memang xsuka rasa rimas....
Rimas ngan tempat sepah Rimas tgok org berperangai mengong
Rimas ngan orang yang xpaham bahasa
Paling merimaskan......dengan orang yang xreti2 rimas dengan diri kita.



Bila da rasa rimas...means kita xsuka...
xsuka tempat tu..
xsuka dengan suasana tu..
xsuka orang tu

Dec 2, 2010

Serius??Bukan masanya - part 3

"Aish..pakcik ni nak extend lagi ke discussion nih???Tolong la...hari da nak hujan.Sudah-sudah la tu, aku nak balik skang la!!!", jerit Nady dalam hati.
Bukan niat dihatinya untuk terus ignore perihal kerja. Tapi dari awal perbincangan, terus-menerus 'pakcik' itu menyindir dirinya.

Nady merupakan pekerja baru di syarikat yang xsefemes itu dan masih memerlukan tunjuk ajar dari yang lebih senior. Dan Nady amat mengharapkan tunjuk ajar dari kawan dan senior untuk bersama-sama produktif dalam memajukan syarikat. Walaubagaimanapun, Nady redha. Baginya, hidup memang penuh cabaran.Dia percaya Tuhan memang jadikan hidup manusia adventurous. Tanpa cabaran, hidup memang 'tawar". Xdak perisa orang cakap kan.

"Ajinomoto ke?Not bad...hahhahah", ketawa kecil pula si Nady dalam keretanya dan mula memandu tekad menempuh hujan yang lebat tika itu.

Hujan lebat....macam biasa la.Jem kan.Jem nenas?? Owh bukan. Jem strawberi la. Seperti parti lampu atas jalan je nampaknya. Lampu merah je berderet.

"Ahh..jem lagi.bosannya", Nady mengeluh.

Diam seketika. Kemudian jarinye bergerak sekitar button..dan menekannya. Terdengarlah suara DJ Ikhwan HotFM berceloteh ngan adik brader...kanda Brader. Ntah..Nady poon xberapa pasti siapa adek brader...dan siapa pula kanda brader.Lantak la. Dalam kesesakan di jalanraya itu...beserta limpahan air hujan ke bumbung keretanya, Nady amat berminat untuk mendengar celoteh DJ Ikhwan pabila topik hangat berkisah"secret admirer". Nady amat tertarik dengan panggilan seorang gurl yang menyatakan dia pernah admire seorang budak lelaki. Perasaan yang terpendam itu...terus tertanam ....xtumbuh2 (hahhaha)...sehinggalah gurl itu memulakan kerjayanya setelah tamat pengajian. Mungkin kebetulan, gurl itu terserempak dengan "budak lelaki" yang pernah menjadi pujaan hatinya. Kemudiannya menghubungi satu sama lain. Tidak kerap...tapi tetap berhubung. Sehinggalah budak lelaki itu menyatakan perasannya terhadap gurl itu..yang sekian lama terpendam dari zaman skolah lagi. Gembiranya gurl itu bukan kepalang. Rupanya dia tidak bertepuk sebelah tangan selama ini.NAmun terpaksa dilupakan perasaaan itu. Mungkin Tuhan sudah tetapkan jodoh masing2....Gurl dan lelaki itu sudah ada haluan sendiri. Sudah ada hamba Allah yang bertakhta di hati mereka berdua. Walaupun dikatakan cinta bertepuk 2 tangan, namun Dialah yang menentukan segala-galanya.

Terus ingatan Nady membongkar dan menceroboh bilik-bilik memori di waktu dia di sekolah menengah. Automatik senyuman kecil terukir di bibir Nady. Ye..kisah itu amat memalukan, membuatnya tertanya-tanya..dan juga mampu membuat hatinya berbunga...juga ade rasa menyampah..dan xmasuk akal kadang2. Dan hal itu masih berlarutan sehingga la ke tahun lepas. Dan Nady akui, pengakhirannya tidak begitu baik, tergantung, dan sunyi. Memang sunyi. sehingga getaran petanda "handpone'nya menerima sms....lelaki itu mau melangsungkan pertunangan.....dan dan kisah itu makin sunyi....dan terus sunyi.