Jan 11, 2012

Lelaki dan Kereta buruk== COOL





Setiap kali bertembung dengan kereta buruk atas jalan raya...Kadang2 berkata juga aku dalam hati"Cool betol brader ni sorong kereta buruk dia ni".

Sebab:
1- Dia amat DARING untuk bawak kereta yang mana anytime je boleh bawak masalah
2-Mesti dia pandai handle kalu kereta dia rosak
3-Yang pakai kereta mahal bukan tahu baiki kereta pun..antar wshop adalah
4- Pakai kereta mahal@ import tapi tetap antar bini ke klinik gomen je tuk check up baby dalam perut....????.nampak macam kedekut je...

Oct 15, 2011

He is a Drummer

Skyline went away..

Hey drummer..
im missing u..
will come to you then..

Sep 15, 2011

Fall in love wid u the drummer

Admit that...aku da fall in love dengan drummer yang sempoi ni...
Ya..ko memang jiwa rock....tak perlu berceloteh panjang..
da buat aku xmau renggang dengan kamu....
Cuba lari...tp datang balik...




Mar 27, 2011

Org bisu yang pandai bercakap

Penat deal ngan org bisu..
bila kita betul2 nak cakap...dia buat bisu..

Bila aku nak start bisu...
time ni la ko nak start cakap..


Kali ni aku akan betul2 bisu...
cakap la ko sorang2...

Feb 22, 2011

Takkan Pernah Ada


Dia memang hanya dia
Ku s’lalu memikirkannya
Tak pernah ada habisnya
Benar dia, benar hanya dia
Ku s’lalu menginginkannya
Belaian dari tangannya
Mungkin hanya dia
Harta yang paling terindah
Di perjalanan hidupku
Sejak derap denyut nadiku
Mungkin hanya dia

Indahnya sangat berbeda
Ku haus merindukannya

Reff:
Ku ingin kau tahu isi hatiku
Kaulah yang terakhir dalam hidupku
Tak ada yang lain hanya kamu
Tak pernah ada
Takkan pernah ada

Benar dia, benar hanya dia

Ku s’lalu menginginkannya

Belaian dari tangannya
Mungkin hanya dia
Indahnya sangat berbeda
Ku haus merindukannya

Back to Reff

Ku ingin kau selalu di pikiranku
Kau yang selalu larut dalam darahku
Tak ada yang lain
Hanya kamu
Tak pernah ada
Takkan pernah ada

Jan 1, 2011

Tahun Baru..2011

Sambutan malam tadi...Memang ramai yang tertunggu2 untuk countdown tahun baru...
Tahun baru yang bakal mengundang seribu tanda tanya
Apakah yang terbaik untuk kita..atau sebaliknya.
Mampukah untuk kita menghadapi segala cabaran yang pasti akan datang untuk kita tempuhi...
Walauapapoon....aku berdoa semoga aku mendapat pertolongan Allah SWt meneruskan hidup bagi hari-hari seterusnya..dengan keredhaanNYa..

dari kecik sampai besar...memang akan menjadi teruja untuk melihat sambutan tahun baru di kaca tv..dan mesti akan ada upacara percikan bunga api untuk acara kemuncaknya..Tapi entah mengapa kali ini aku terasa sayu bila melihat bunga api yang dikatakan begitu cantik itu..
Ia seolah2...percikan api yang telah membakar segala memori pada tahun 2010termasuk memori indah sepanjang tahun tersebut.
Bagi aku...banyak saat2 yang indah sepanjang tahun 2010 yang xpatut dilupakan walaupoon ade juga insiden yang sukar bagi Hamba Allah ini.
Mungkin kata2 " tutup buka lama...buka buku baru...." hanya boleh digunakan untuk perkara2 tertentu sahaja...

Bagi permulaan tahun baru..kita sudah dikejutkan dengan berita Artis Faizal aka ex husband Nana.yang telah poon kembali ke rahmatullah..
Dan terpikir lagi..adakah kita diizinkan untuk berada di atas muka bumi ini sampai ke ujung tahun..atau sebaliknya..




Dec 29, 2010

Serius??Bukan masanya- part 4

Suasana sudah menjadi riuh bila waktu sudah menginjak pukul 2.15 tengahari. Bunyi tapak2 kasut sudahpun merentasi kelas Nady...itu membawa maksud pembelajaran murid kelas sebelah telahpun berakhir untuk hari itu. Nady menoleh ke arah Apit dan mencebik bibir tanda tidak puas hati murid kelas sebelah boleh balik awal sedangkan Cikgu Anis masih berseronok melakar formula2 di papan hitam.
"Beb, bila Cikgu Anis ni nak stop?...Otak aku da xdapat terima da semua yg ada kat papan hitam tu...Cikgu ni..bateri jam dia kong ke????", keluh Nady. Apit hanya tersenyum tawar. Dia tahu dia poon tidak mampu untuk memberi sebarang komen. Semua rakan kelasnya tahu yang Cikgu anis memang amat seronok mengajar matematik hinggakan lupa masa mengajar telahpun tamat. Oleh itu, Apit tahu amatlah tidak sopan kalau dia memberi signal "time is up" ala2 referee netball. Baik diamkan aje. Nanti berenti jugak cikgu ni nanti.
"Okey, setakat ni saje untuk hari ini..Nadiah dengan Afida, awak berdua xperlu kerut dahi lagi...da bolek balik asrama poon..kakak dewan makan da tunggu awak-awak berdua", sakat Cikgu Anis.Nady dan Apit hanya mampu melakarkan senyuman 'kerang busuk' je..malu dengan kata2 Cikgu Anis sebentar tadi. Cikgu Anis memang baik dan sporting juga. Tapi Cikgu Anis suka juge menyakat pelajar-pelajarnya...kadang malu juga apabila disakat oleh Cikgu Anis. Tak ape la...bukan kena tengking poon.Haha.

Nady poon mula memasukkan buku2 dalam begnya 'dalam rushing mode', bersiap untuk pulang ke asrama. Sebahagian besar rakan sekelas yang lain sudahpun mengosongkan kelas. Mereka harus bergegas menuju ke pagar sekolah kerana ibu bapa masing2 sudah lama menunggu di luar menyambut kepulangan anak mereka dari sekolah. Cuma tinggal Nady, Apit dan Nora dalam kelas 5 Alpha. Sambil Nady menapakkan kakinye ke luar pintu, tiba-tiba muncul seorang junior menghulurkan sampul surat berwarna coklat ke tangan Nady. Nady amat terkejut dengan kehadiran junior itu dan dia amat cam muka junior itu namun tidak pernah mengetahui nama budak perempuan itu. "Dik....ni surat ape?Terkejut saya tadi...tetiba je awak muncul betol2 depan saya. Nasib xterlanggar tadi. Erm...ade ape dengan surat ni? Nak akak bagi kat siapa surat ni?", tanya Nady memulakan bicara dengan junior tersebut.
"Kak Nady tak payah lah terkejut. Ni memang surat untuk akak..Tuan yang bagi surat ni pesan..ade masa free nanti baru la akak buka n baca oke", jawab Sofiah.
" Btw, nama adik ape?Form berapa?siapa yang bagi bende ni kat akak?", tanya Nady...cuba membongkar kesulitan dalam kepala.
"Oh sorry la kak...nama saya Sofiah...akak boleh panggil saya Sofi je..saya form 4..kelas sebelah blok akak ni..erm...akak baca jela isi dalam sampul ni..akak tahu jugak nanti.saya just jd despatch tuk kawan saya je", jawab Sofiah meleraikan sedikit persoalan dibenak Nady. "Okelah..kalu gitu terima kasih ye dik...nanti jumpe akak tengah jalan..tegur2 la akak...nice to know u", Nadi cuba ramah dengan Sofiah.
"sama2...saya hanya despacth je kak.... nway nice to meet u too. Saya mintak diri dulu..". Sofiah sempat mengukir senyuman sebelum menuruni anak tangga berhadapan dengan pintu utama kelas 5Alpha.

"Apa yang ade dalam tu Nady?Ko bukak la cepat...Sape la secret admirer ko ni?Nak jugak aku taw...Diam-diam ko ade secrer admirer ye?Hehehehe..", usik Apit .. ingin tahu dengan lebeh lanjut isi kandungan sampul itu.
Nady terdiam seketika..Kemudian bertindak untuk membuka sampul coklat itu. Di dalamnye terdapat satu nota kecil besar tapak tangan..dan peliknye..ade beberapa foto..dan kelihatan semua foto adalah foto rakan2 sekelasnyanya di majlis sambutan Hari Guru bulan lepas. Nady mengerutkan dahinya...tidak memahami bagaimana foto itu berada didalam sampul itu sedangkan semua foto2 itu tersimpan rapi dalam Album fotonye. Sejurus selepas itu..Nadi membaca pula nota ringkas yang tertulis pada kertas sebesar tapak tangan itu.





Assalamualaikum,
Dear Nadiah a.k.a Nady,
terlebih dahulu wa nak mintak maaf sebab da buat kejutan. Harap2 lu xde heart problem.
Wa taw lu akan bertambah berkerut bila nampak foto2 ni kan?
actually, aritu time balik kat sekolah, wa n da geng ade ternampak sekeping film..terbaring
dalam longkang. Wa terus amik film tu..dan wa amat bangga plak bila wa jadi rajin ..dan pegi
kedai foto..cuci film tu..dan ni la hasil2 nya...semuanya ade 5 keping foto..tapi wa bagi 4 je kat
Nady sebab foto tu wa nak simpan wat kenangan. Itu je gambar yang bole wat kenangan sebab
ade gambar Nady dalam tu..and wa harap Nady halalkan je gambar tu..Wa poon rasa xnak bagi
balik kot kat tuan dia..Penat je gi cuci kedai cuci film tu..ngeee...
p/s: Jgn risau....xlama lg lu akan kenal la gua yang hati tulus ni..take care.

- Apek -


Nady terdiam.dan merasa pelik.kenapa ade pulak orang sanggup gi kedai tuk cuci film semata2 dan dia xtawpun gambar tu gambar siapa.

"Ish..mengada2 la mamat apek ni...siap ade despatch. Da cuci gambar..xnak bagi kat aku pulak..wat de hal....patut la aku cari film tu xjumpe..rupanya mamat ni curi", marah Nady.

" Tapi kan Nady..aku rasa budak ni mesti dr budak kelas 5K..5KERING tu....sampul siap ade
masking tape nih..diorg kan memang pakai masking tape kan...nak wat engineering drawing tu..", teka Apit. Terus Nady mengangkat dahinya..kemudian mengangguk perlahan..bersetuju dengan assumption Nady itu.

Bermula la pelbagai persoalan di benak Nady..siapakah makhluk Allah yang menggelarkan dirinya APEK..Dush...masalah baru sudah muncul. Benarkah seperti yang diteka oleh Nady??BUdak kelas 5 KERING? Perasaan menyampah mula berakar dalam tubuh Nady.
" Ish...perangai sume cam hantu..bule plak bagi surat layang camnih?Malas betol nak layan",
merengus Nady..mula bergegas pulang ke asrama, bimbang jika 'kaunter' makanan di dewan makan asrama ditutup.
" Cepatlah Nady oi!!!!!!Perut aku da part chorus da ni....", jerit Apit dari tingkat bawah. terus Nady berlari menuju ke arah Apit.



*part 5..ntah bila aku nak sambung plak.